Monday 16 December 2013

Usahawan IKS tidak pernah dipinggir – MBNS

 DSC_0008



Seremban, 16 Dis. – Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika sesi menjawab lisan hari kedua, menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera di negeri ini.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastiakn produk bumiputera dapat bersaing di peringkat tempatan dan gobal.

Katanya ketika menjawab soalan lisan oleh YB Abd Rahman Mohd Redza (BN-Linggi), hari ini di Peridangan Ketiga (Belanjawan) Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, hari kedua, hari ini.

Beliau seterusnya menjelaskan antara langkah-langkah yang di ambil Kerajaan Negeri termasuklah mengadakan program peningkatan kualiti produk bumiputera (pembungkusan, pelabelan, pensijilan halal dan sebagainya.)

Antara lain, turut terlibat di dalam program promosi dan menyertai pameran anjuran Kerajaan Negeri atau kementerian/agensi.

Malah Kerajaan Negeri turut terlibat dengan program Groom Big dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi meningkatkan keupayaan perniagaan ke tahap perniagaan yang lebih baik.

Selain itu, pemberian mesen dan peralatan perniagaan menerusi Program Peningkatan Keupayaan IKS Bumiputera di bawah SMECorp, turut diberi sebagai galakan.