Wednesday, 23 October 2013
Bajet 2014: Langkah-Langkah Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup
18 Ogos 2013 Hari bersejarah buat semua penduduk Sungai Lui dan Felda Lui.
Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dua putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.
Majlis sambutan berkenaan turut dihadiri hampir 6,000 tetamu yang terdiri daripada penduduk sekitar yang gembira dapat bertemu secara lebih dekat dengan keluarga diraja Negeri Sembilan ini.
Jalaludin usahawan belimbing Felda Lui Muda
Minatnya untuk mencuba sesuatu yang baharu membuatkan seorang peneroka dari Felda Lui Muda dekat sini menyahut cabaran seorang pengurus Felda untuk memulakan tanaman belimbing.
Percubaannya tidak sia-sia apabila baru-baru ini peneroka tersebut, Jalaludin Sabi, 64, menerima anugerah Usahawan Jaya bagi kategori tanaman buah-buahan sempena Karnival Usahawan Felda peringkat Wilayah Raja Alias.
Jalaludin berkata, dia memulakan tanaman belimbing sejak 30 tahun lalu di atas tanah rizab milik Felda seluas dua hektar selepas menerima cadangan pengurus di kawasannya.
"Masa itu belimbing antara buah yang mendapat permintaan yang tinggi. Ketika itu saya sangat sibuk untuk menguruskan ladang sawit tetapi tetap menceburi bidang ini kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu.
"Saya mula tanam dua jenis belimbing iaitu Belimbing B10 (belimbing biasa) dan Belimbing B17 iaitu belimbing madu. Syukur ketika itu tanaman saya membuahkan hasil dan mula mendapat permintaan daripada penduduk di kawasan berdekatan," katanya ketika ditemui di ladang belimbing miliknya di sini hari ini.
Katanya, sama seperti orang lain, dia juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah musuh tanaman dengan banyak buahnya rosak di makan burung.
"Bila buah rosak pasti saya akan rugi tetapi saya tidak pernah menjadikan faktor itu sebagai alasan untuk berputus asa. Saya tahu setiap masalah ada cara untuk mengatasinya dan saya perlu banyak belajar cara mengatasinya.
"Hasil tanaman ini saya akan jual di kawasan Felda Lui Muda sahaja. Saya ada mendapat permintaan daripada peniaga yang mahu membeli buah ini tetapi saya lebih suka menjualnya sendiri," ujarnya.
Bapa kepada lima anak itu berhasrat untuk mempelbagaikan produk berasaskan belimbing dan mahu memasarkannya di merata tempat.
"Kini saya dibantu oleh isteri dan dua orang anak di ladang dan kedai. Permintaan untuk belimbing juga amat baik kerana saya menjual dengan harga yang murah," jelasnya.
Beliau menjual belimbing biasa dengan harga RM3.50 sekilogram dan RM4 bagi belimbing madu.
494 peneroka lega terima geran tanah
JEMPOL 26 Ogos - Penantian selama 31 tahun untuk mendapatkan hak tanah akhirnya menjadi kenyataan bagi 494 peneroka Felda Lui Selatan Satu dan Dua, dekat sini selepas mereka menerima geran tanah masing-masing hari ini.
Penyerahan geran tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Padang Awam Felda Lui Selatan, dekat sini, hari ini.
Menurut seorang peneroka, E. Sannasy, 68 dari Felda Lui Selatan Satu, dia amat gembira dan berterima kasih di atas pemberian geran itu yang kini menjadikan dirinya pemilik sah selepas menunggu sekian lama.
''Apabila saya terima sahaja geran itu tadi, saya tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan gembira saya. Usaha saya selama ini akhirnya berbaloi dan kerana Felda hari ini saya memiliki geran tanah sendiri.
''Sedih juga tadi apabila teringat saat bersusah payah ketika baru menyertai Felda. tetapi hari ini semuanya sudah berubah malah Felda sangat maju," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Jelasnya, kini tanahnya sedang dalam proses penanaman semula dan dia bersyukur apabila Felda terus menghulurkan pelbagai bantuan.
''Untung jadi peneroka, pelbagai bantuan kami terima. Walaupun Felda sudah maju dan dikenali kami tetap dibantu sehingga ke hari ini. Antara bantuan yang diterima adalah bantuan hari raya, durian runtuh dan bantuan pembesaran rumah," ujarnya.
Tambah seorang lagi penerima, Mohd. Nabe Pich, 33, dia terpaksa mengambil geran mewakili ibunya, B.Ramtam Bebee 57, yang meninggal dunia baru-baru ini.
''Ibu meninggal dunia ketika Ramadan yang kedua akibat masalah paru-paru. Kini saya tinggal di rumah ibu di Felda Lui Selatan Satu dan membantu menjaga kebun.
''Agak sedih juga kerana ibu tidak dapat hadir untuk memegang sendiri geran ini. Saya akan menjaga geran ini dengan baik kerana inilah bukti hasil titik peluh ibu membesarkan saya,"ujarnya.
Umno Jelebu,Jalaluddin ketua baharu ganti Rais
Jalaluddin, 50, yang juga penyandang Timbalan Ketua bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, menewaskan Ahli Parlimen Jelebu, Zainudin Alias merangkap Naib Ketua bahagian.
Jawatan Timbalan Ketua dimenangi Pengarah Belia dan Sukan Melaka, Baharuddin Jali mengalahkan dua pencabar, Datuk Yunus Rahmat yang juga ADUN Klawang dan seorang pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Amran Sameon.
Manakala bagi jawatan Naib Ketua bahagian, ia dimenangi ADUN Sungai Lui, Mohd. Razi Mohd. Ali, mengalahkan Setiausaha bahagian, Zaharuddin Baba Samion. -
Orang Asli perlu buang sikap malu
Penceramah Program Transformasi Orang Asli Dalam Arus Perdana, Dahlia Permid berkata, sikap malu yang masih menguasai masyarakat Orang Asli adalah antara punca golongan tersebut memilih untuk terus tinggal di kampung walaupun sedar pelbagai peluang tersedia buat mereka di luar.
Beliau yang juga Pegawai Kemajuan Orang Asli Temerloh, Pahang memberitahu, perasaan malu yang tidak bertempat perlu dihapuskan dalam usaha mencapai kejayaan di kalangan pelajar masyarakat tersebut.
"Ada kes pelajar tidak mahu ke sekolah walaupun kerajaan sudah menyediakan sekolah yang dekat dengan kawasan perumahan mereka. Di sini ibu bapa perlu memainkan peranan dan sedar masa depan anak mereka boleh musnah tanpa pendidikan," katanya ketika menyampaikan ceramah dalam Program Transformasi Orang Asli Dalam Arus Perdana di Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo, dekat sini baru-baru ini.
Menurutnya, para pelajar Orang Asli sepatutnya menjadikan anak Orang Asli yang telah berjaya sebagai model yang perlu dicontohi oleh mereka.
"Lahir sebagai anak Orang Asli bukan alasan mereka tidak boleh maju. Malah saya sendiri merupakan anak Orang Asli dan pernah merasai pelbagai kesukaran untuk menimba ilmu.
"Ibu bapa juga perlu mengambil peluang mengikuti Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (Kedap) agar mereka tidak tercicir dan ketinggalan. Bila ibu bapa mempunyai ilmu, mereka boleh bersama-sama membantu anak mengulangkaji pelajaran di rumah," ujarnya.
Pelajar antara tiga ditahan terlibat 10 kes curi motosikal
JEMPOL 18 Okt. - Polis menahan seorang pelajar sekolah menengah bersama dua rakannya di tiga lokasi berbeza di daerah ini pada 9 Oktober lalu, sekali gus menyelesaikan 10 kes curi motosikal jenis Honda EX5 di sini yang komponennya dilerai sebelum dijual bagi tujuan lumba haram.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Tukiman Seriman berkata, dua remaja berusia 17 tahun itu ditahan hasil siasatan dijalankan ekoran laporan kehilangan motosikal jenis itu sejak Jun lalu. "Salah seorang daripada remaja yang ditahan itu merupakan pelajar sebuah sekolah menengah. Pelajar ini kita tahan di rumahnya dekat Bandar Seri Jempol, manakala rakannya tidak bersekolah dan sudah bekerja.
"Polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 20 tahun, dipercayai rakan kepada dua remaja terbabit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini hari ini.
Ujar Tukiman, hasil penahanan remaja dan lelaki berkenaan, polis menemukan semula tujuh buah motosikal yang dilaporkan hilang, disembunyikan di beberapa kawasan sekitar daerah itu. "Daripada tujuh buah motosikal itu, hanya empat buah masih dalam keadaan baik manakala yang lain sudah terlerai. Polis percaya, beberapa komponen motosikal ini telah dijual bagi tujuan lumba haram," ujar beliau.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 378 (A) Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.
Sementara itu, dalam satu perkembangan lain, Tukiman berkata, polis telah menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di Kampung Bayai dekat sini kerana menyimpan selaras senapang buatan sendiri dan sebutir peluru hidup jenis senapang patah. "Suspek telah ditahan pada pukul 6.30 petang di rumahnya, 12 Oktober lalu. Senjata api itu ditemukan tersimpan dalam sebuah bengkel kenderaan dan dipercayai bagi tujuan memburu," ujarnya. Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat 1971).
Monday, 21 October 2013
PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN NEGERI SEMBILAN 2013-2016
UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN NEGERI SEMBILAN
2013 - 2016
1) UMNO Bahagian Seremban
KETUA - Abu Ubaidah Redza
TIMBALAN KETUA - Datuk Zakaria Nordin
NAIB KETUA - Abdul Gani Mohamad Daud
2) UMNO Bahagian Rasah
KETUA - Datuk Hasim Rusdi
TIMBALAN KETUA UMNO - Datuk Mohammed Najeeb Abdullah
NAIB KETUA - Datuk Abdul Karim Mustafa
3) UMNO Bahagian Telok Kemang
KETUA - Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (P)
TIMBALAN KETUA UMNO - Tun Hairudin Abu Bakar
NAIB KETUA - Abdul Rahman Mohd. Redza
4) UMNO Bahagian Kuala Pilah
KETUA - Datuk Ismail Lasim
TIMBALAN KETUA - Adnan Abu Hassan
NAIB KETUA - Abu Samah Mahat
5) UMNO Bahagian Jelebu
KETUA - Datuk Jalaluddin Alias
TIMBALAN KETUA - Baharudin Jali
NAIB KETUA - Mohd. Razi Mohd. Ali
6) UMNO Bahagian Jempol
KETUA - Datuk Mohd. Salim Sharif
TIMBALAN KETUA - Datuk Shamshulkahar Mohd.Deli
NAIB KETUA - Mustapha Nagor
7) UMNO Bahagian Tampin
KETUA - Datuk Seri Shaziman Abu Mansor
TIMBALAN KETUA - Mohd. Isam Mohd. Isa
NAIB KETUA - Md. Amin Mohd. Riffa
8) UMNO Bahagian Rembau
KETUA - Datuk Seri Mohamad Hasan
TIMBALAN KETUA - Khairy Jamaluddin Abu Bakar
NAIB KETUA - Datuk Dr. Awaludin Said
GFL
MELAYU MESTI BACA, BUMIPUTRA TIDAK KUALITI
Wednesday, 16 October 2013
Kerajaan NS laksanakan dasar pembesaran kampung - MB
Saturday, 5 October 2013
BORANG PENDAFTARAN AHLI
Nama Penuh:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh Lahir:
Alamat 1 (Kampung):
Alamat 2 (Semasa):
Nombor Telefon (Bimbit):
Nombor Telefon (Rumah):
Nombor Telefon (Pejabat):
Email:
Pekerjaan:
Institusi Pengajian Tinggi (Sekiranya Masih Belajar):
Bersama ini saya sertakan maklumat diri saya dan mematuhi segala undang-undang GFL.
Friday, 4 October 2013
Sidang DUN Belia Negeri Sembilan Pertama 4/10/2013
SEREMBAN – Negeri Sembilan menjadi negeri pertama melaksana Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia bermula hari ini sehingga Sabtu ini.
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS), Wan Salwati Abdullah berkata, persidangan itu rentetan Rancangan Pembangunan Belia Fasa 1 yang mahu lebih banyak suara belia diketengahkan dan diambil peduli untuk berhadapan saingan global.
“Persidangan DUN Belia ini adalah platform yang akan membahaskan isu belia meliputi pelbagai sektor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam sesi hari ini, sebanyak 36 wakil dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama 30 anggota yang dilantik daripada pelbagai sektor profesional menjalani sesi latihan dan taklimat persidangan yang disampaikan Setiausaha MBNNS, Mohd. Kama Kahamuzakir Kamarudin.
Dalam pada itu, wakil sektor masyarakat Orang Asli, Nur Azimah Abdullah, 27, memberitahu, antara perkara yang akan dibangkitkan ialah aspek peningkatan hidup golongan tersebut.
“Saya telah mendengar keluhan golongan muda dan tidak tahu landasan mana hendak bersuara. Melalui Persidangan DUN Belia ini, saya pasti menyuarakan keinginan mereka termasuk menuntut supaya diadakan perkhidmatan WiFi percuma dalam kampung Orang Asli,” katanya.
Dalam masa sama, beliau akan mengemukakan usul menubuhkan Koperasi Belia Orang Asli peringkat negeri supaya masa hadapan mereka dalam sektor perniagaan akan lebih terjamin.
“Saya mahu budaya, adat dan kehidupan dalam desa dibawa keluar ke bandar supaya rakyat dapat sama-sama menghargai kehidupan Orang Asli, walaupun mereka akan berhadapan kejutan budaya,” ujarnya.
Perwakilan yang mewakili sektor guaman, Mohd. Fasha Musthafa, 24, berkata, antara yang akan dibahaskan kelak ialah keciciran penuntut universiti berbanding mereka yang mempunyai kemahiran untuk memperoleh peluang lebih baik dalam pasaran pekerjaan.
“Saya mahu usulkan supaya penuntut universiti ini diberikan latihan kemahiran semasa belajar supaya dapat berhadapan saingan pasaran kerja yang lebih kompetitif,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ahli DUN Belia Rahang, Zaharruddin Abd. Majid, 37, berkata, ahli dewan dan perwakilan akan membahaskan ucapan dasar Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam persidangan itu dan diharap dapat membawa resolusi terbaik untuk mengangkasakan belia.
– Utusan Malaysia
Thursday, 3 October 2013
Apa itu GFL ( Gabungan Felda Lui )
.