Wednesday 23 October 2013

18 Ogos 2013 Hari bersejarah buat semua penduduk Sungai Lui dan Felda Lui.

Pada 18 Ogos 2013 - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan hadir pada majlis jamuan Aidilfitri anjuran Istana Besar Seri Menanti yang diadakan di padang awam Felda Sungai Lui dekat sini hari ini.
 
Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dua putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Majlis sambutan berkenaan turut dihadiri hampir 6,000 tetamu yang terdiri daripada penduduk sekitar yang gembira dapat bertemu secara lebih dekat dengan keluarga diraja Negeri Sembilan ini.


No comments: